HAYATILAH SENIKATA LAGU INI DAN FAHAMILAH ERTINYA.
INGIN BERJAYA DI DUNIA PERLUKAN ILMU. BERKEHENDAKKAN KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT JUGA PERLUKAN ILMU. KESIMPULANNYA INGINKAN KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN, KESEJAHTERAAN, KESENANGAN DAN KECERIAAN MAKA ILMU AMAT PERI MUSTAHAK.
AL ISLAM
Friday, December 10, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Thursday, December 2, 2010
AYAT-AYAT AL QURAN
Islam adalah cara hidup yang membawa kepada kesejahteraan hidup baik di duniawi mahupun ukhrawi. Hanya yang mendapat hidayah sebenar akan mendapat kesempurnaan mental dan fizikal. Pengamatan yang mendalam tentang Islam sewajarnya akan mendapat hidayah daripada Maha Pencipta Langit dan Bumi atau Alam Semesta ini.
Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Sesungguhnya apa yang kita lihat, hidu, dengar dan rasa adalah bukti kekuasaan Allah sentiasa berdampingan dengan kehidupan kita. Kenikmatan hidup kita tidak akan beroleh kebahagiaan tanpa pengamatan dengan sepenuh hati bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah kehendak-Nya.
Pun begitu hanya insani yang mempunyai ilmu, iman, amal dan takwa akan beroleh kejayaan. Janganlah hendaknya individu atau kita asyik saling salah menyalahi antara satu sama lain. Sebaliknya perlu bermusyawarah secara baik bagi mengatasi permasalahan bersama.
CATATAN TENTANG DIRI KITA
Dunia ini bersifat fana dan jangka hayatnya amat singkat serta tidak banyak waktu untuk kita bersenang lenang.
MAKLUMAT UNTUK DIRENUNGI
Blogspot yang saya cuba utarakan ini merupakan salah satu cara untuk berkongsi maklumat yang baik dan bermanfaat. Pun begitu saya ingin juga mencari sahabat seandainya mempunyai pandangan yang berguna untuk dikongsikan.
Lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain ini amat bermakna. Senikata lagu Arab yang berunsurkan ketuhanan dan amat baik kita amati. Selain itu kita yang mempunyai sedikit waktu sememangnya wajar mendapat maklumat yang berguna bagi menginsafi bahawa yang kekal abadi hanyalah Allah S.W.T.
Lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain ini amat bermakna. Senikata lagu Arab yang berunsurkan ketuhanan dan amat baik kita amati. Selain itu kita yang mempunyai sedikit waktu sememangnya wajar mendapat maklumat yang berguna bagi menginsafi bahawa yang kekal abadi hanyalah Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)