AL ISLAM

Thursday, December 2, 2010

AYAT-AYAT AL QURAN

   Islam adalah cara hidup yang membawa kepada kesejahteraan  hidup baik di duniawi mahupun ukhrawi. Hanya yang mendapat hidayah sebenar akan mendapat kesempurnaan mental dan fizikal. Pengamatan yang mendalam tentang Islam sewajarnya akan mendapat hidayah daripada Maha Pencipta Langit dan Bumi atau Alam Semesta ini.
 Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Sesungguhnya apa yang kita lihat, hidu, dengar dan rasa adalah bukti kekuasaan Allah sentiasa berdampingan dengan kehidupan kita. Kenikmatan hidup kita tidak akan beroleh kebahagiaan tanpa pengamatan dengan sepenuh hati bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah kehendak-Nya.

Pun begitu hanya insani yang mempunyai ilmu, iman, amal dan takwa akan beroleh kejayaan. Janganlah hendaknya individu atau kita asyik saling salah menyalahi antara satu sama lain. Sebaliknya perlu bermusyawarah secara baik bagi mengatasi permasalahan bersama.


No comments:

Post a Comment