HAYATILAH SENIKATA LAGU INI DAN FAHAMILAH ERTINYA.
INGIN BERJAYA DI DUNIA PERLUKAN ILMU. BERKEHENDAKKAN KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT JUGA PERLUKAN ILMU. KESIMPULANNYA INGINKAN KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN, KESEJAHTERAAN, KESENANGAN DAN KECERIAAN MAKA ILMU AMAT PERI MUSTAHAK.
AL ISLAM
Friday, December 10, 2010
Wednesday, December 8, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Thursday, December 2, 2010
AYAT-AYAT AL QURAN
Islam adalah cara hidup yang membawa kepada kesejahteraan hidup baik di duniawi mahupun ukhrawi. Hanya yang mendapat hidayah sebenar akan mendapat kesempurnaan mental dan fizikal. Pengamatan yang mendalam tentang Islam sewajarnya akan mendapat hidayah daripada Maha Pencipta Langit dan Bumi atau Alam Semesta ini.
Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Sesungguhnya apa yang kita lihat, hidu, dengar dan rasa adalah bukti kekuasaan Allah sentiasa berdampingan dengan kehidupan kita. Kenikmatan hidup kita tidak akan beroleh kebahagiaan tanpa pengamatan dengan sepenuh hati bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah kehendak-Nya.
Pun begitu hanya insani yang mempunyai ilmu, iman, amal dan takwa akan beroleh kejayaan. Janganlah hendaknya individu atau kita asyik saling salah menyalahi antara satu sama lain. Sebaliknya perlu bermusyawarah secara baik bagi mengatasi permasalahan bersama.
CATATAN TENTANG DIRI KITA
Dunia ini bersifat fana dan jangka hayatnya amat singkat serta tidak banyak waktu untuk kita bersenang lenang.
MAKLUMAT UNTUK DIRENUNGI
Blogspot yang saya cuba utarakan ini merupakan salah satu cara untuk berkongsi maklumat yang baik dan bermanfaat. Pun begitu saya ingin juga mencari sahabat seandainya mempunyai pandangan yang berguna untuk dikongsikan.
Lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain ini amat bermakna. Senikata lagu Arab yang berunsurkan ketuhanan dan amat baik kita amati. Selain itu kita yang mempunyai sedikit waktu sememangnya wajar mendapat maklumat yang berguna bagi menginsafi bahawa yang kekal abadi hanyalah Allah S.W.T.

Tuesday, November 30, 2010
Thursday, June 10, 2010
KEISTIMEWAAN BULAN REJAB
UPDATED
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
REJAB ertinya “MULIA”. Bulan di mana berlakunya ISRAK dan MIKRAJ pada 27 REJAB.
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Wednesday, June 9, 2010
Saturday, May 29, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Saturday, May 8, 2010
Friday, April 30, 2010
RENUNGAN DIRI SENDIRI
Setiap kejadian yang berlaku merupakan kekuasaan ALLAH Pencipta Langit dan Bumi ini. http://www.quranflash.com
Surah-surah ini sangat baik untuk diamalkan bahkan dibaca setiap hari sebagai amalan diri kita senidiri. Kemuliaan surah ini teramat berguna.
Thursday, March 18, 2010
SANTAPAN ROHANI
Setiap yang individu yang mempunyai fikiran waras amat menitiberatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup baik di duniawi dan di ukhrawi..
Saturday, March 13, 2010
Thursday, March 11, 2010
Saturday, March 6, 2010
Friday, March 5, 2010
Renungan Diri Sendiri
Kita adalh insan biasa dan kerap melakukan kesilapan dan tidak sunyi dari segala
Thursday, March 4, 2010
About Me
Saya mula membina laman ini pada 1 Mac 2010 dan cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu pengetahuan ke arah landasan yang betul, bermanfaat dan bertindak mengikut panduan akal yang sempurna.
Pendapat dan curahan buah fikiran yang memandu ke mercu kejayaan merupakan patulan kecerdasan akal yang memerlukan keyakinan diri sendiri. Setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri tanpa kita sedari http://www.jakim.gov.my atau disedari.
CATATAN HARIAN
Blogspot ini akan sentiasa dikemaskini bagi memuatkan maklumat baru atau terkini. Pelbagai peristiwa terkini akan dipaparkan. Insya Allah sesiapa yang menggunakan blogspot ini boleh mengakses sesuatu untuk pembacaan dan panduan serta dimanfaat sebaik mungkin.
Bacaan Surah Yaasiin ini boleh digunakan sebagai membetulkan bacaan kita atau mengikut bacaan yang betul. Pun begitu seandainya kurang memuaskan bolehlah kita berkongsi untuk memperbetulkannya.
Amalan membaca surah ini banyak manfaatnya dan kalau mampu boleh dihafaz. Amalan membaca surah Yaasiin ini banyak dilakukan oleh kalangan kita dalam pelbagai perkara terutama sekali apablia menghadapi kematian dan maslah yang kusut.
Subscribe to:
Posts (Atom)